waja diri

Monday, February 20, 2006

pautan ke laman web lain:

http://id.wikipedia.org/wiki/Pencak_silat

http://www.geocities.com/tenagadalaman/kandungan.html

http://www17.brinkster.com/taekwondocyber/taekwondo.html

http://www.e-psikologi.com/remaja/050702.htm

waja diri

Waja diri
Segmen ini memaparkan cara-cara untuk mempertahankan diri daripada sesiapa yang berniat jahat kepada kamu tidak kira di mana jua kamu berada.

Sedang berjalan-jalan tia-tiba ada yang cuba mengganggumu. Ingin mengajak berbual tetapi sebenarnya ada maksud yang tersirat. Bersedialah menghadapi kemungkinan. Barang di tangan jadikan ia sebagai senjata

1) Tangkas bertindak

Walaupun kamu cuba melarikan diri tetapi musuh masih bertindak untuk mengganggumu. Jangan panik. Fikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri.






Dengan menggunakan kekuatan tangan kamu boleh menolak serangan musuh. Kamu boleh menukar pergelangan tangan musuh menghala arah jam. Kini kelemahan berpusat pada musuh.






Gunakan fail yang keras untuk menghentak belakang badan musuh.








Kemudian terus bertindak menghentak di bahagian muka dan hulu hati.








Berbaju kurung tidak menghalang dirimu untuk menangkis setiap serangan musuh. Walaupun langkah kakimu agak terhad tetapi kamu masih mampu bertindak. Contohnya seperti yang ditampilkan.

2) Sopan tapi pantas bertindak.

Musuh sentiasa mencari peluang terutamanya di kawasan yang sunyi. Jangan terkejut apabila tiba-tiba ada yang cuba memancing minatmu.





Bagi yang berniat jahat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bertindak. Antara kawasan yang boleh melemahkan musuh ialah bahagian perut. Pukulan mesti tepat dan padu.




Terus bertindak membuat serangan di bahagian bawah dagu.
Hentakan di bahagian bahu mula melemahkan langkah musuh. Untuk lebih berkesan hayunan yang kuat di bahagian hujung kaki akan membuat musuh rebah ke bumi. Tetapi pastikan kakimu berada dalam kedudukan yang betul.